Saturday, 20 September 2014


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi kerana mampu bernafas lagi pada hari ini untuk berkongsi ilmu kpd saudara seislam ku.

Pernah atau tidak kita merasakan cinta itu datang dan cinta itu pergi
Sebagaimana cinta itu datang,kita terlalu sayangkan cinta itu
Manakala cinta itu pergi berat sungguh untuk kita lepaskan
Apa yang ingin saya sampaikan adalah benar atau tidak kita menghargai sesebuah cinta itu?

Allahuakbar
Apa yang dikatakan penghargaan kepada sebuah percintaan?
Kalau nak diikutkan zaman sekarang /zaman jahiliah moden ini sering dikaitkan dengan remaja yang sibuk berhabis masa menghargai sebuah percintaan.
Bagi mereka penghargaan sebuah percintaan ini adalah dengan memahami antara satu sama lain,berkorban apa sahaja dan sebagainya.
Betul atau tidak tafsiran mereka?

Jawapannya adalah benar menghargai sebuah percintaan adalah dengan saling memahami dan sentiasa berkorban apa sahaja.TETAPI kita perlu berbalik kepada Allah.Adakah Allah REDHA dengan percintaan sebegini?Percintaan yang boleh membawa kita kepada kemaksiatan ,sedangkan Allah menyuruh kita menjauhi zina.Nauzubillah!

Baiklah.PENGHARGAAN SEBUAH PERCINTAAN  yang sebenarnya adalah saling memahami apa yang Allah suruh,memahami apa yang Allah suruh kita tinggalkan dan sanggup berkorban apa sahaja untuk menegakkan agama islam,memperjuangkan syiar islam hingga ke hembusan nafas yang terakhir .
Itu lah yang dinamakan Penghargaan Cinta Yang Agung !SubhanaAllah :D
#Tepuk dada tanya iman
~Cintaku Kerana Mu~

No comments:

Post a Comment